Monday, April 24, 2017

My KT :)

Assalamualaikum WBT :)

Mengumpul segala kudrat dan kekuatan yang ada untuk tulis post ni tanpa menangis. Fuh. Tewas juga...

Post yang istimewa untuk seseorang yang sangat penting di hari yang bermakna ini. Yup. My very first public post about you.

I don't feel good tonight, but this one is for you...

Where do I even start?

It took me a while to write this and I was thinking should I post this on my blog or just keep this between us? Sebab sometimes sweet things aren't for sharing. Huhu tapi ni takde la sweet sangat pun.

Awak...

If you're reading this, please know that I am so grateful that I've met you. From the day I first saw you , I didn't expect that you'll be one of the most important people in my life. You used to be my crush je. Crush yang hanya boleh dipandang dari jauh lol. Time tu bila orang tanya apa/siapa inspiration aku, hati aku akan jawab kau. Hahaha gelabah en.

Awak...

I know I've said this millions times, but I still wanna say thank you for being there especially when I feel like I need someone. Even when I don't need anyone pun you're still there to comfort me. When you're busy pun you still have time for me. Terharu sangat...

Thank you for always reminding me about everything. Yang selalu menegur bila terleka. Yang selalu memberi kata-kata semangat bila terluka. Dan yang selalu bersama ketika duka dan bahagia. Cehhhhh! (Sorry ah tak pandai bermadah macam awak :p)

There's no perfect word to describe how important you are to me. And thank you just doesn't seem like big enough word to truly describe how thankful I am.

Apa-apa yang jadi lepas ni, semoga terus kuat untuk melangkah kehadapan!

Selamat ulang tahun kelahiran, KT!

Love,
Pwincess.





Wednesday, April 5, 2017

Enough.

Kenapa ya kalau nak berubah tu, banyak sangat benda negatif yang jadi?
Ya, proses nak berubah tu tak mudah dan memang amik masa.
Ya, faham.

Aku selalu yakinkan diri aku yang dalam susah tu, akan ada rasa senang yang datang.
Tapi kenapa rasa susah tu tutup segala rasa senang?
Negatif yang satu je boleh tutup 5 benda positif yang lain.

Dulu aku rasa aku dah gerak. Makin dekat.
Tapi harini aku rasa lain.
Aku sama ada tak bergerak, atau makin kebelakang.
Jauh kebelakang.

Betul, Tuhan tengok effort bukannya result.
Tapi susahnya nak telan kalau tak nampak apa2 depan mata.
Betul ke aku nak ni?
Dah habis sungguh2?

Aku berharap dekat orang yang salah.
Orang yang aku rasa boleh gerak sama2 dengan aku,
Tapi aku salah.
Dia cepat, aku lambat so aku kena tinggal haha.
Kenapa ekk separuh jalan je rasa bahagia tu?
(Sebab ni dunia. Takde apa yang kekal)

Dan bila aku selalu fikir tentang aku, aku, aku,
Aku terlepas pandang seorang kawan yang perlukan aku.
Sebab aku selalu fikir, kalau nak berubah, kena jauhkan diri dari sumber2 negatif.
Aku jauhkan. Aku cuba tinggalkan.
Termasuklah jauhkan diri dari kawan2 yang boleh tarik aku lagi jauh dari Tuhan.
Aku lupa, negatif tu lawannya positif.
Tapi aku duk fikir akuuuuuu je :(
Aku nak gerak, tapi nak gerak sorang, sebab nak cepat.

Semua orang yang aku nak tolong, akan jadi lagi teruk.
Maafkan aku sebab tak sungguh2 nak tolong kau.

Maybe I should have stayed away.
From everyone...








Sunday, March 12, 2017

Percubaan Tepung Pelita

Assalamualaikum semua. Fuh.

AMARAN: POST NI AGAK PANJANG DAN MEREPEK

Untuk pengetahuan umum, aku bila bab bab kuih ni, selalu sangat failed -.- kecuali kuih karipap and kuih tart ah. Takde ah pro, tapi not bad laa haha. Aku kelim pun cantik je tanpa pakai alat untuk mengelim tu. Ini serius kehkeh

Okay berbalik kepada tajuk. Harini mood semangat nak buat tepung pelita. Hosmet pun takde. Haaa seronok sikit ah nak masak2 bila takde orang kat rumah. So aku pun gagahkan la diri bangun pagi (takde ah pagi sangat) keluar rumah nak pergi beli tepung beras and bekas untuk letak tepung pelita tu. Sejuk woi harini. Pagi tu cuaca feels like -9 degree weh. Tapi takpe, aku malas nak duduk rumah sangat. Kang duk melalut fikir benda2 negatif. So aku rajinkan jugaklah diri yang malas ni untuk keluar.

Singgahlah pammel cari tepung beras, alhamdulillah adaaa. Tengok jam, alamak ada 40 minit lagi nak tunggu bas. Jadi, terpaksalah singgah asian market. Terpaksa ye. Dan terbeli pulak bahan2 untuk buat tteokbokki. Takpe, habis duit untuk makanan takpe. Huhu. Ingatkan dah lama aku bershopping, rupa2nya ada 30 minit lagi untuk bas sampai. Haaaa berbeku lah aku kat tempat tunggu bas dengan hidung pipi merah2 adoiii.

Next stop aku singgah CVS jap beli something. Ah korang takyah tahu ah. Semua benda nak bagitahu payah ah haha. Kelam kabut weh aku beli sebab next bas nak sampai dah. Aku balik naik bas biru so kena jalan sikit ah untuk sampai ke rumah. Dengan beg berat dan sejuk, aku almost nak menangis hahahaha emo jap tak tentu pasal.

Sampai je rumah aku terus start buat kuih tepung pelita.

Time aku tengah buat tu, aku baru teringat amende lah yang kurang ek. Pappp. Bekas nak letak tepung pelita tu. Maigod. Bengong betul. Benda penting kot hahahhaha amende lah Aqila ni -.-

So aku pun stop semua benda. And siap2 balik untuk pi hyvee pulak. Bukak2 pintu je senowwww weh. Kusss semangat. Takpe. Kita redah je. 10 minit je. 10 minitttttttt. Jap lagi aku tunjuk bekas apa aku beli. Lawak gak ah haha. K jangan gelak sekarang.

Okay ni bahan2nya;

AMARAN: BACA SAMPAI HABIS KALAU NAK TAHU JADI KE TAK. JANGAN MAIN HEKOT JE RESEPI NI HAHAHA

Untuk bahagian hijau:
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 cawan air daun pandan (dalam 4-5 helai)
- Gula halus
- Pewarna hijau
- Kapur makan (yang ni aku tak letak sebab ilek. Tak kuasa aku nak cari)

 

video

Haa okay cara2 dia, kau campur je tepung beras tu dengan air pandan. Daun pandan tu blend dulu ye. Kalau tak blend, sampai kesudah kau tak dapat air dia. Jangan lupa tapis lepas dah blend tu. Lepastu kacau2 ah sampai sebati. Selagi tak sebati, kau jangan stop. Adunan tu tak likat tau. Agak cair sikit ah. Tambah sikit pewarna hijau untuk kasi hijau dia lawaaaa.



Alang2 tu, panaskan ah pengukus kau. Bagi air dia mendidih sikit. Kat atas ni gambar pengukus aku. Jangan judge. Ni pengukus dumpling hahahaha bawah pengukus tu pulak kuali leper. Aku bubuh air. Haaaa jadilah pengukus huhu tapi kecik weh. Kena masak satu satu. Memang perlukan kesabaran yang tinggi ah sebab lama gila nak tunggu. Kalau pakai bekas yang aku beli tadi, boleh masak 2 kuih je sekali tuu. Unless kalau nak letak bekas muffin yang papercup tu sekali. Muatlah jugak. Haaaaa.

Lepastu siap2kan bekas and letaklah satu setengah sudu kecil gula dalam bekas tu. Ikut tekak korang ah nak manis ke tak. Lepastu curah adunan hijau tu dalam bekas. Dalam 1/3 bekas je tau. Jangan pi tuang semua. Kau ingat kelakar? Kelakar gak ah hahaha. Haaaaa biar je dia kat dalam tu selama 15 minit. Kalau tak masak gak, kau lebihkan 5 minit lagi cmtu ah. Jangan lupa set time tauu and sentiasa tambah air kukus.

Untuk bahagian putih:
- 1/2 cawan tepung beras
-  2 1/2 cawan santan
- Secubit dua garam (ikut suka tekak)


video

Sama macam yang hijo. Gaul2 semua bahan sampai sebati. Kalau tak sebati jangan....? Haaaa jangan apaaa? Boleh je stop kalau tangan lenguh haha. Adunan ni likat sikit. Cantik sikit laa huhu. Lepas yang hijo tadi dah masak, masukkan adunan yang putih ni pulak. Agak2 je berapa banyak. Aku main masuk je sebab tu jadi tak lawa sebab ratio tak sama hahaha bantai jela en. Yang putih ni masak selama 10 minit je. Lepas dah siap tu boleh angkat dan telan. Bismillah dulu. Makan elok2.

Haaaa nak tengok tak bekas apa yang aku try pakai tadi. Jangan gelak tau. Janji.


Okay ni first bekas. Lawa en texture dia. Haaaa tapi bekas tu alahai lembiknyaaa. Letak dalam pengukus aku, sekejap je dah kuyup haha. Ni first attempt ah sebab bekas ni memang ada kat rumah.


Lepastu try yang ni. Stabil. Mahal sikit. Tapi lambat sikit nak masak ah. Kena add extra 10 minutes gittuuuu. Kena lagi banyak sabarrr haha


Next, try yang ni. Kestabilan okay, murah, and boleh masak 6 sekaligus. Masa dia kena tambah sikit gak. Dalam 5 minit gituu. Tapi texture dia jadi tak lawa sangat kalau pakai ni


Aku cari bekas yang macam ni tapi tak jumpa. Bekas ni pun aku dapat sebab aku beli bekas yang kat atas tuuu hahahah. Tapi malangnya dia ni tinggi sangat. Tak muat nak masuk dalam pengukus aku yang kemetot tu.


Haaaa jeng jeng jeng. 


Lawa gak ah en. Rasa kureng hahahah. Sebab awal2 tu aku limitkan gula sebab aku takmau buat manis sangat. Sampai hosmet aku tegur awat tawar sangat ni. So aku pun tambah la gula sikit2. Taktau la rasa apa sebab takleh nak rasa sangat. 

So overall, tak jadi sangat pun tepung pelita ni. Taktahu masalah resepi atau masalah bekas atau masalah aku sendiri. Mungkin salah aku ah kot huhu. Tapi alhamdulillah ah ada je rasa tu walaupun off sikit. 

Takpe, next time aku cuba lagi sampai puas hati huhu. 

Alhamdulillah jugak untuk hari yang agak tenang dan productive compared to semalam. I miss you!

Assalamualaikum wbt :)