Sunday, May 6, 2012

Hello Langkawi :)




Assalamualaikum WBT :)

[warning : entry kali ni agak panjang]


So hey guys. Aku baru balik dari Langkawi ni! Hehe alhamdulillah selamat pergi selamat balik :) Aku pergi w/ Nad, Filzah, Din, Blue and Sheikh :D We very very the eksaiiitedd! *broken english jap boleh kan? :D Please don't bash!



*muka teruja 1st time naik bas jalan jauh2 :D*


*skodeng bapak tidur jap. hihihi :D*


On 1st May malam, dalam pukul 9++ dah sampai stesen bas. Bas gerak kul 2215 :) Naik bas cecepat and start buat bising. Well, me and Nad jela yang bising tu. Yang lain senyap je :P Then bas gerak g KL sume. Lama lah jugak. Dalam bas semua lelap cepat gila except me and Nad. Kitorang tkleh tidur cuz there's someone snoring in the bas and there's NOTHING WORSE than the sound of someone snoring if you're trying to fall asleep -.- So yeah, then ada masalah kelaparan lagi. Hahaha serious lapar..... Tapi bila dah dapat makanan terus lelap :P


Bila dah jejak je Kuala Perlis tu, rasa nak jerit je! Kau banyangkan lah ke-eksaited-an aku. Hehehe. Solat subuh dulu then gerak g beli ticket ferry. Yeeehaaaa! Tapi memandangkan ferry tu lambat lagi, kitorang g lah breakfast dulu. Almaklumlah, perut dah menangis mintak di isi :)


*Makan roti canai. Sedap!!! Murah!! Alhamdulillah :)*


Then naik ferry! Kitorang bantai je duduk mana2. Tapi dah lama2 tu baru pasan yang kat ticket tu ada number seat. Alamak! Malunyaaaaa >.< hehehe tkpe tkpe. Kami tebalkan muka tukar seat. Haih. Duduk dalam ferry tu kan, boleh buat aku gila. Pening!! Then naik atas, berangin, sejuk! Best tapi kalau lelama, tk tahan weh...



*Wohoooo! Kami dah jejak Langkawi!!! :D*


Then carik kereta sewa. Dapat Avanza! Price not bad. Kereta pun cantik lagi :) Yeehaaa LETS GO! Kitorang terus g carik Cenang Rest House :) Jauh gak ah dari jeti tu. Tapi tk sesat k. Sebab kita ada Blue aka Bang Ngah yang 'tahu' jalan *tangan di dada mata ke atas*. Sesampai je kitorang tengok Pantai Cenang kat belakang bilik je :) Best sangat!




*Mula2 nak buat MV for Ombak Rindu Parody :P Tapi tk jadi. Maluuuuuu heheheh*


Lepas siap2 semua, check in bilik, kitorang tktau nak pergi mana. Din nak tengok 'pingu pingu' dia. Hahahah kitorang tkmau :P So we decided nak pergi Dataran Lang jela. Well, takde benda pun sebenarnya kat sini. Saje jalan2 and amik gambar dengan Helang bosar gedabok tu hah.




*Fun memang fun, tapi kat sini panas sangat :( haihhh*


After that, ktorang terus gerak g Telaga 7 :) Perghhh tangga dia! Punya lah banyak. Eh kalau kau tknak naik tangga pun boleh. Hah panjat lah bukit tu sorang2. Aku rela naik tangga. Haha lemah gemalai doe lutut. Aceceh. Tapi alhamdulillah, sampai jugak atas. Sepatutnya ada lagi atas, tapi semua dah tk larat nak naik tangga. Hehehe mandi kat air terjun bawah je. BEST!! Sebab kitorang tengah letih and berpeluh2 and panas!



*Peace yawww ^.^*


After mandi and solat, terus gerak pergi Cable Car! Dekat je :) Weeeeeee terujaaa!



*Ohhhh I love this! <3*

Ingatkan nak stay sampai pukul 8. Nak tengok sunset kononnya. Tapi tetiba matahari dah kena halang dengan awan :( Sedihnyaaaaa. Takde rezeki kot :') It's okay. Maybe next time kan?


Lepas frust menonggeng2 tk dapat tengok sunset, kitorang terus pergi dinner. Lapo wehhh. Padahal dah makan banyak kot. Hahahaha biasalah, pelahap :P Melantak je koje kan. Makan kat kedai thai. Sedap seh tomyam dia. Kaw kaw! Tapi harga melambung sikit. Lari bajet. Hahaha


Then esoknya, bangun pagi mandi laut kat belakang bilik! Hehehe gambar takde lah :( Sebab semua sibuk mandi... Maaf! Hehehehe. Pastu semua siap2 nak pergi breakfast. B/fast seberang tempat kitorang je. Dekat sangat :) Makan roti canai lagi. Selama kitorang kat sini, b/fast memang roti canai je weh haha




*Gedik taimmmm! Hikhik ini dekat Langkawi Falls :)*


*At Pasir Tengkorak :D Nama kemain gerun lagi hahaha*




Lepas makan kitorang pergi Langkawi Falls. Jalan2 tengok view je :) Santek! Snap2 gambaq sat. Then gerak pergi Taman Buaya. Hihihi sape tah nak tengok Buaya sangat. Pastu bang ngah dengan bapak cakap 'Buaya tu sekali ngap je qila ni' ... Kejam kan? :( Haha tapi malangnya, kena bayar kalau nak masuk.. So tk jadi lah.. Kitorang pergi Pasir Tengkorak lah pulak. Farris yang suggest sebab dia kata air kat situ jernih :) And yes! Memang jernih. Tapi kitorang tgk je... Nak mandi, tapi malas nak salin2 baju :( Haihhh




*Alamak gambar bapak tk masuk :P Hihihi*

After that, singgah kat gerai tepi jalan. Makan laksa, pasembur, cendol and etc.. Laksa dia sedap tapi orang yang jual laksa tu macam kerek gila >.< Haihhh buat malu oghang utara je tau! Ish nasib baik kitorang ni baik. Ahaks! :P Anyway, view kat situ sangat cantik. Kalau makan pun seronok je sebab angin bersepoi2 bahasa. Bhahahah ayat aku. Belakang tu laut tauu :D


Lepas perut full tahap gaban, kitorang balik bilik dulu and solat jamak terus. Pastu terus g Island Hopping :D Orang lain yang bawak lah. 1st pergi Tasik Dayang Bunting. Perghhh monyet kat sana scary gila... Serious. Menggerunkan :( Nasib lah ada bodybodyguard kita yang tk seberapa macho tu kat sebelah depan dan belakang. Haha terjamin lah sikit. Sikit ye.




*From left : Bapak, Adik, Bang ngah, Kakak, Bang Long, Mak.*
ONE HAPPY FAMILY AT HOME <3




*Inilah gambar bukit yang macam pregnant woman ni*


Next, pergi tengok helang. Bagi makan kat helang. Hah yang ini bosan sikit sebab tk nampak sangat helang2 tu :( Jauh tauu boat kitorang. Haihh tkpelah. Then straight pergi Pulau Beras Basah :) Well, I've been here before so aku tahu lah tkde benda pun kat sini. Just untuk orang mandi manda je. Yang tkmau mandi boleh lepak2 main pasir or buat lah pape yang korang suka hahah. Pun boleh! Bantai je :)




*While me and Nad, sibuk melahap maggi :P Lapoooooo!*
P/S : Macam twin kan kan kan? :) Love youuuu


Okay next, lepas tengok pulau2 sume, kitorang gerak pergi Kuah terus. Its shopping taimmmmmm!! LOL eksaited habis tau ai :D Jalan2 beli soklat. Well, aku bukanlah penggemar soklat yang tegar, tapi Aqila Sarah ni kalau dah nampak makanan yang murah sikit dari harga biasa, dia pasti beli! EH, aku beli untuk family and kawan okay :) *mukasuci* Hokhok.


Banyak oh kedai yang jual soklat. Harga lebih kurang tapi of course lah we olls carik yang paling murah. Duhh? But actually, barang2 kat Langkawi ni takde lah that murah tau. Ramai orang cakap duty free. Murah gila. NO. Memang lah no tax but takde lah murah. Lebih kurang harga kat KL jela. Nak beli baju and other stuff memang teragak2. Sebab rasa better beli kat KL haha :D


After penat shopping, duit pun banyak gila lesap. Like seriously, aku beli soklat tk hengat dunia. Nampak macam tk banyak tapi duit banyak habis :( Pelik.. Hahahah *ayatcover* Kitorang terus g makan kat Restoran Haji Ramli. Dekat je dengan bilik :) Makanan not bad. Harga so-so. Boleh lah kan daripada takde. Haha alhamdulillah :D




*Kau tengok ke-retarded-an aku dah tahap ke berapa. Maaf. *


After makan, guys keluar pergi carik hotspot katanya. Hahaha. Girls pulak jalan2 tengok kedai kat tepi2 jalan :) Tapi barang mahal kot. Dah lah tkleh kurang :( Sedih ah camni! Hmmphh. Melepas lah nak belik bag I <3 Langkawi tu....


Last Day! Semua eksaited nak balik. Tapi tk puas kat sini :( Kalau boleh nak duduk lagi lama tau. Kat sini best sebab view dia cantik. Sedap je tengok. Sangat tenang :D Tapi apakan daya, bajet ciput. Hahaha terpaksa balik. Macam2 halangan time nak balik tu. But alhamdulillah, dengan izin Allah, kitorang selamat jugak sampai Kajang. Lama tau dalam bas. 10 jam kot.. Aku dah jadi tingtong sebentar. Huahua







credit : nadirah idris


I LOVE THIS TRIP!!!!
Haih. Miss Langkawi already :(



WANT SOME SOKLAT? :D KISH DULU MEH :P









0 budak comell: