Friday, June 15, 2012

Siti Nur Nadirah Sheik Idris

Assalamualaikum wbt.

Ini post sedih. *oh not again*. Maaf. Saya beremosi sekarang. 


Saya tiada boyfriend. Bukan sebab saya tk laku. Ehem. Tapi saya je tknak dekat diorang. Saya nak seorang suami. Bukan kekasih hati yang boleh buat stok geli geli. Tidak. 


Tapi saya bukan nak cerita pasal lelaki. Ini pasal buat hati saya. Siti Nur Nadirah Sheik Idris. Beliau kawan baik saya. Paling baik di alam semesta. Saya sayang beliau lebih dari beliau sayangkan saya. Sebab itu saya tak perlukan boyfriend kerana beliau sentiasa ada dengan saya. Tak kira masa. Terima kasih sayang.

Tapi, dalam masa kurang dari dua hari, beliau akan bertolak ke Kedah. Kampung saya. Sangat jauh. Saya gembira. Bukan sebab beliau akan berambus. Tidak. Saya gembira beliau dapat further study dengan course yang beliau minat. Alhamdulillah. Saya sangat gembira. 



Tapi tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. Allah je tahu sedih saya macam mana. Saya tak boleh nak describe. Mata saya sampai bengkak. Saya menangis sebab saya takut saya rindu beliau nanti. Yela. Selalunya, everyweek, tak pun twice a month la saya akan jumpa dengan beliau. Ini tidak. Time raya je dapat jumpa beliau. Hmmm i miss you already Nad :(

Saya bukan jenis yang suka nangis depan orang. Konon2 kuat lah. Tapi memang. Saya susah nak menangis depan orang. Tak kiralah siapa je. But itu tak bermaksud saya ni takde perasaan. Tak reti nak sedih tak reti nak menangis. Tidak. Saya tak kuat sebenarnya. Kalau nak menangis, saya lebih suka menangis sorang2. Saya tak suka orang tengok saya menangis. Buruk.

But if I started menangis in front of my friends ke.. Maksudnya saya betul2 sedih. Saya tak boleh nak tahan. Biasanya saya suka menangis before nak tidur time malam2. Memang air mata time tu laju betul. Mencurah2 macam air terjun. Serious. Then esok pagi, mulalah mata jadi bengkak. Entah hape hape. 


Saya minta maaf Nad. Saya sayang awak sepenuh hati saya. I love you. I miss you. Awak kawan yang terbaik dalam hidup saya.

Kalau awak rindu saya, awak text lah saya. Kalau rajin lagi, call lah. Kalau lebih rajin, skype pun boleh. Kalau tengah busy, awak tengok je gambar2 comel saya. Nanti mesti awak tk rindu dah :')







0 budak comell: