Thursday, August 9, 2012

10 Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum WBT :)

*Subhanallah cantik kan? :)*

Alhamdulillah. Tinggal berapa hari lagi je Ramadhan tahun ni. Ini dah masuk Ramadhan yang ke 21 kan if I'm not mistaken. Serious aku cakap Ramadhan ni Ramadhan terpantas. I mean rasa sekejap gila kot. Pejam celik pejam celik, only 9 days left for us to be with Ramadhan this year. Sebak.

But aku bersyukur sebab Allah masih bagi aku peluang untuk beribadat di bulan yang mulia ni. Alhamdulillah. Semoga Allah panjangkan umur kita semua dan insyaAllah kita dapat jumpa lagi dengan Ramadhan next year! Amin :)

So bila dah tinggal berapa hari je lagi, rajin2 lah bangun pagi. Waktu yang afdal untuk bangun buat solat semua ialah dalam pukul 3 pagi. Lepastu takyah tidur pun takpe. Tunggu sahur then subuh. InsyaAllah. Aku ni pun bukannya rajinnya sangat. Nak bangun tu kemain liatnya la hai. Pemalas. Tapi insyaAllah, akan kucuba. Tak selalu, kadang2 pun jadilah. Nanti dah lama2 jadi biasa kan? :) 

Berusahalah mencari malam Lailatul Qadar sebab malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul Qadar juga adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. So jomlah sama sama kita carik malam ini! InsyaALLAH!

*I missed Makkah and Madinah :')*
Semoga Allah SWT menjemput aku ke sini lagi. InsyaALLAH :)








0 budak comell: