Wednesday, April 3, 2013

Mampukah aku?

Assalamualaikum WBT.

Menghitung hari, detik demi detik. Sebagaimana aku tidak sabar untuk habis final, aku juga tidak mahu untuk berpisah dengan teman teman rapatku di INTI. Ada antara mereka yang bakal pergi dari inti selepas semester ini. Kadang kadang aku terdiam, untuk berfikir sejenak. Kenapalah kita tak fly sama sama? Dapat University sama sama? Stay sama sama dekat sana nanti? Banyak lagi persoalan yang berada di minda. Namun Allah SWT lebih mengerti. Aku percaya ini semua adalah yang terbaik untuk kita. 

Sedih? Bohonglah kalau aku cakap aku tak sedih. Tetapi aku gembira kerana kalian akhirnya akan dapat apa yang kalian inginkan selama ini. Melanjutkan pelajaran di negara asing. Aku? InshaaAllah aku akan menyusul kalian. Tunggu aku tau? :) Next year inshaaAllah kalau panjang umur aku jumpa kalian dekat sana. Lepastu bolehlah kita sambung aktiviti melepak kita.

Dan tipulah juga kalau aku cakap aku tak terasa dengan pemergian kalian nanti. Selepas ini tidak akan ada lagi lawak jenaka yang gila professional yang boleh buat usus aku tercabut dua, tiga kali. Selepas ini mungkin selepas jam duabelas malam, aku akan terus tidur di bilik sebab tiada lagi geng burger truck di malam hari. Selepas ini mungkin aku akan jarang menonton wayang kerana tiada teman yang gila movie macam kalian. Selepas ini mungkin keadaan di cafe pada waktu malam akan menjadi suram kerana tiadanya gelak tawa kita yang kuat gila tu. Selepas ini mungkin setiap petang aku akan tidur je kat bilik sebab nanti dah takde kawan nak jogging dalam hujan sama sama, nak pergi taman sama sama, main police entry sama sama. Selepas ini..... selepas ini..... takutnya aku untuk membayangkan situasi ini. Jujur dari hati, aku takut. Aku risau. Bukan risau aku tk mampu bertahan, tetapi aku risau jikalau ada di antara kalian yang akan melupakanku :(

Aha, jiwangnya! Hehe tapi ini serious talk ni. I'm gonna miss you guys sooooo sooooo much!

Much love, xoxo. GGB ferrr laiiifeeee :'D


Gambar kami berlima tak banyak :')


Assalamualaikum WBT.








0 budak comell: