Friday, September 20, 2013

For the sake of Allah :)

Assalamualaikum WBT.


Serious kadang2 jealous tengok pasangan sweet kat luar yang 100% bercinta mengikut syariat Islam. Bercinta sebab Allah. Bercinta dengan ikhlas. Bukan bercinta sebab nafsu. Bukan bercinta suka suka. Bukan yang bercinta pegang pegang peluk peluk cium cium before kahwin tu. Eww main selak selak rambut lagi. TAK. Bukan spesies pasangan tu ye.

Sebenarnya, bercinta/bercouple ni dibolehkan je. Tapi orang yang bercinta atas dasar nafsu semata mata (which is yang tak ambil tahu halal haram) la yang buat istilah 'couple' ni nampak buruk. Haih.

Impian aku -- nak kahwin awal. Before 24 nak kahwin! Just like mama :) Tapi masalahnya, dah 19 tahun aku hidup, belum ada sorang lelaki pun yang betul2 tunjuk dia nak kahwin dengan aku. Belum ada sorang laki pun yang tunjuk dia betul2 sayang aku. Pendek kata, semua tak serious lah.

And aku pun belum pernah lagi suka lelaki dengan bersungguh sungguh. Mungkin sebab aku tahu, diri ni banyak gila weakness. Mana mungkin ada lelaki yang ikhlas nak dekat awak, Aqila Sarah :') Kalau ada pun mungkin sekejap je dia serious. Lepastu dia blah tinggalkan awak. (it happened before :/)

Kengkadang (selalu) tu adalah jugak berangan. Nak husband macam ni. Nak husband macam tu. Angan angan kosong mat jenin. Biasalah. Orang takde wawasan macam aku memang camni jela. Hahah.

Tapi bagi aku, muka tak kisah la macam mana. Janji ada mulut boleh makan boleh cakap, ada telinga boleh dengar aku bebel, ada mata boleh tengok kecomelan aku, cukuplah. Tak perlu rasanya nak mengharap laki muka macam Farid Kamil kalau muka sendiri tak semegah Diana Danielle. Hahahaha k.

EH tapi jangan lah pandang serong kat aku. Aku post gini sebab aku bosan. Dan benda ni selalu ada dalam kepala hotak aku. Aku takde lah desperate sangat woi.

I want someone who will always be there for me.
I want someone who loves Allah more than he loves me.
I'll be the happiest girl in the world :D

And if one day someone tell me "I love you for the sake of ALLAH", inshaaAllah, you'll be my perfect husband :)



Assalamualaikum WBT.







0 budak comell: