Wednesday, August 27, 2014

Cinta, Perkahwinan dan Jodoh.

Assalamualaikum WBT :)

Post ini dah lama nak dipublishkan tapi belum lengkap. Haaaa ini hari kita lengkapkan!

(sebab Aqila gatal nak kahwin tapi takde orang nak kat dia)



*aku cintakan Arrian mucuk pipi gelebeh*

Cinta.

Apa tu cinta? Sepanjang duapuluh tahun aku hidup kat dunia Allah ni (Alhamdulllah), sampai sekarang aku masih tak dapat nak merungkai apa itu definisi cinta yang sebenar. Kau tahu?

Yang aku rasa, cinta ni adalah sesuatu yang subjektif. Lain orang, lain pendapat diaorang tentang cinta. Macam aku, cinta ni aku rasa macam angin. Kadang2 kita rasa, kadang2 tak. Dia boleh datang bila2 masa je tanpa sebarang sebab dan alasan. Kan? 

Kadang2 ada orang tanya aku, kenapa aku suka dekat si polan bin si polan tu? Jawapan aku, entah. Sebab cinta ni tak perlu sebab. Dia datang macam tu je tanpa aku paksa.

Cinta ni indah sebenarnya, tapi manusia2 macam kita ni lah yang buat 'cinta' tu macam benda tak elok.

"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf

Aku setuju gila dengan kata kata beliau. Sebab bagi aku, kalau aku cintakan dia, aku nak #tilljannah weh dengan dia. Haha!

OK.


*nak kahwin dengan superhero Arrianshah Akid!*

Kahwin.

Haaaaa bila sebut je perkataan kahwin ni, remaja2 sekarang mesti menggelupur menggedik nak kahwin awal. Teruja la tu kan? (aku pun sama tapi masih boleh behave)

"Haaa kau tu dah la belum kahwin, calon pun takde lagi. Ada hati nak borak pasal kahwin. Bajet ilmu kahwin dah penuh di dada ke?" - (contoh naysayer tak formal)

Kahwin ni bukan macam main kahwin2 masa kecil tu. Awak jadi ayah, saya jadi mak, dia jadi anak. Bukan. It's something more than that.

Ayat yang selalu aku dengar, "ala, kahwin awal kan boleh elak zina." Ya, benar. Tapi pernah ke kau amik kisah dari sudut kewangan, kerja, emosi, tanggungjawab, dan sebagainya. Niat pertama kalau nak kahwin mestilah kerana Allah dan bila kau dah niat macam tu, mestilah kau nak perkahwinan kau kekal sampai akhir hayat kan?

Seronok tu memang lah seronok. Teringin tu memang lah teringin. Tapi kalau kau rasa kau nak kahwin tanpa fikir tanggungjawab yang super besar ni, minta maaflah weh. Sendiri fikirlah.

OK.


*mungkin ini jodoh kita sebab masa kecil dulu pun ada bang macam Arrian*

Jodoh.

Bukan bodoh ataupun hodoh. Ini jodoh. Haha!

Orang selalu cakap, "ala, kalau ada jodoh tak ke mana. Kau tunggu je jodoh kau sampai."

Memandai engkau je weh nak tunggu jodoh sampai tanpa usaha -_- Hadis pun banyak yang mengatakan kita kena pilih jodoh kita. 

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung." - HR Al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Daud (2047), an-Nasaa'i (6/68), dan Ibnu Majah (1858).

So, dalam banyak2 hal, agama tu paling penting! Kena pilih yang terbaik. Dan untuk dapat yang terbaik, diri pun kenalah baik jugak, kan? Usaha, usaha!


Target aku nak kahwin umur 24 tapi sampai sekarang masih mencari. Haha takdela memilih sangat.... tapi.... (memilih weh) haha.

Anyway, have a great day ahead. Aku nak tidur. Dah malam kat US ni hah. (nak bagitahu yang cuti sudah habis. sedih betul.)

p/s: Aku kawan dengan ramai orang tapi sampai sekarang takde satu pun yang serious nak kahwin dengan aku :(


Bye! Assalamualaikum WBT :)







0 budak comell: