Friday, July 3, 2015

Favorite Ayahs from the Quran (Part 1)

Assalamualaikum WBT :) 

Setelah sekian lama menyepi, kini Aqila kembali hihihi (rhyme tak rhyme tak! Haha). Sekarang dah pertengahan bulan ramadhan weh korang. Nak share sikit apa yang aku belajar sepanjang kat Ames ni :D

So kat bawah ni aku sertakan top 5 ayat favorite aku dalam quran dan kenapa aku suka ayat ni hehe oh dan post ni agak panjang tapi inshaaAllah bermanfaat.

Kalau salah please betulkan, thank you :)


1) Surah al-Baqarah ayat 216 (2:216)


Yang paling best pasal ayat ni ialah bila Allah kata "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu." Ayat ni nak tekankan yang tak semua benda yang kita rasa kita suka, bagus untuk kita. Apa yang kita suka ni skop dia luas. Boleh jadi kita suka kat orang atau hobi yang kita suka ke. Semua benda boleh apply. 

Dan kadang2 kita rasa macam suruhan Allah macam tak bawak manfaat pun untuk kita. Kenapa kena buat ni, kenapa kena buat tu. Kenapa takleh buat ni, kenapa takleh buat tu. So, ayat ni nak jelaskan yang semua yang Allah suruh buat dan semua yang Allah larang tu ada sebab. Kita je belum nampak apa effect dia untuk kita.

So everytime bila aku buat something yang baik dan aku cam rasa,"asal aku kena buat ni? aku dapat apa kalau aku buat ni?", aku akan ingat balik ayat ni.

Sabar.

Allah tahu apa yang kita tak tahu.


2) Surah al-Baqarah ayat 286 (2:286)



Ayat  ni best sebab Allah kata "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." Dalam erti kata lain, Allah takkan bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu. Sebabtu setiap orang, ujian dia lain2. Ada orang yang tak mampu nak hadapi certain challenges, that's why Allah tak kasi kat dia, sebab Allah tahu yang dia takkan mampu.

TAPI. Haaa ada tapi la untuk ayat ni. Ada few commandments of Islam yang kau takleh cakap,

"eh aku takleh buat ni sebab aku tak mampu."

Contohnya: SOLAT.

Sebab benda ni Allah dah tetapkan yang semua orang boleh buat no matter what. (cuma ada rare case je yang diberi exception). So memang takde alasan la nak cakap yang kau takleh nak solat 5 waktu sebab kau tak mampu. 

Dan bila kita cakap kita takleh buat, kita sebenarnya menidakkan apa yang Allah kata pasal kita. Kalau Allah cakap kita mampu, maksudnya kita mampu la. Kau takpayah nak bagi alasan cikai2.


Nah video untuk pencerahan.




3) Surah al-Anfal ayat 48 (8:48)


Okay cuba perhati part last dalam ayat ni. Syaitan cakap, "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya."

Haaaa paham tak? Meh nak explain sikit.

Masa halaqah haritu ada bincang pasal ayat ni. Ayat ni macam bersangkut paut dengan hari kiamat nanti. Masatu kan dajjal and Nabi Isa keluar, so kita yang masih hidup ni akan pilih samada nak ikut Nabi Isa atau dajjal. Dan masani setan akan still hasut kau untuk ikut dajjal and dia akan cakap dia akan tolong kau, ada kat belakang kau la apela, tapi last last bila dah nak sampai kat dajjal, setan tu akan patah balik and join Nabi Isa sebab dia takutkan Allah SWT.

Nampak tak permainan dia? Dia suruh orang ikut dajjal tapi sebenarnya dia pun takut dengan azab Allah. Sebab dia tahu mana yang betul dan mana yang salah, dan dia tahu yang azab Allah tu sangat berat.

See, setan pun takut. Kita ni bila nak takut? (tanya balik diri sendiri)


4) Surah at-Taubah ayat 46 (9:46)


Surah at-Taubah ni ialah surah yang paling aku takut. Kenapa? Sebab kalau baca terjemahan, boleh rasa la yang Allah tengah marah. Surah ni pun agak deep sebenarnya. Dan surah ni adalah satu satunya surah yang takde Bismillah. Haaa kalau rasa cerita hantu takleh nak takutkan kau, bacalah surah ni. Confirm tak tidur malam weh.

Surah ni ada cakap pasal perang Tabuk di mana masani ramai sahabat yang taknak pergi berperang.

Sebab dorang taknak pergi perang?

  1. Sebab cuaca sangat panas.
  2. Sebab kelengkapan perang tak cukup.
  3. Dorang takut kalah.
Tapi ditakdirkan masa dorang baru nak start perang, tetiba hujan. Umat Islam pun bersorak kuat lah sebab seronok sangat. Yelah, dah asyik panas je so bila hujan diorang suka la. And bila pihak lawan dengar suara sorakan dorang, pihak lawan jadi takut sebab ingatkan jumlah tentera Islam ramai sangat. So dorang pun patah balik. 

Haaaa satu benda pasal perang, kalau satu pihak patah balik, maksudnya dorang automatic kalah. So tentera Islam menang la time ni! Kiranya perang Tabuk ni bukan perang sangatla hehe.

Tapi kenapa Allah marah? Allah marah siapa? Haa Allah marah Nabi Muhammad SAW sebab tak tanya dan check kenapa sahabat taknak pergi perang. Tu je. Sebab Allah tahu dorang taknak pergi sebab alasan yang tak kukuh. 

Ayat ni sebenarnya nak bagitahu yang kalau kita nak buat something yang baik, kita akan buat je tanpa bagi alasan. Kalau kita asyik bagi alasan je, maknanya kita sebenarnya taknak buat pun. Dan Allah tahu kita taknak, so Allah lemahkan semangat kita.

Dan aku suka ayat ni sebab ayat ni berkait rapat dengan aku sendiri. 

Contohnya, macam kita selalu cakap,

"aduh nak berubah tu senang tapi nak istiqamah tu yang susah."

Haaa ini cuba kita tanya balik diri kita samada kita ni betul ke nak berubah sebenarnya? Kalau betul kita nak berubah jadi baik, Allah mesti tolong kita. Nak istiqamah pun tak jadi masalah. Tapi nak berubah kena slow slow la. Biar berperingkat. Paham tak ni? Sorry la terbebel panjang pulak haha



5) Surah Ibrahim ayat 7 (14:7)


Ayat ni best sebab dia simple and straight forward. Sekali baca pun boleh paham dah pasal ayat ni. Allah cakap yang kalau kita ni bersyukur, even sikit gila pun kita syukur, Allah akan tambah dan bagi benda best untuk kita. But grateful for who? Dalam ayat ni Allah tak cakap pun kena bersyukur for apa. Bersyukur dengan Allah boleh. Bersyukur dengan ibu bapa boleh. Bersyukur dengan semua benda lah. Allah tak specifickan pun kena bersyukur to sesiapa or for apa apa. Itu yang best.

As long as kau bersyukur sikit pun, Allah janji akan tambahkan nikmat untuk kau. Dan cara bersyukur bukan je just cakap, "alhamdulillah bersyukurnya aku rasa,". TAK. Grateful is a lifestyle. Tunjuk yang kau tu bersyukur. Sebab Allah dah janji kot dalam ayat ni.

And skop nikmat yang Allah nak kasi pun luas. Nikmat apa? Nikmat keluarga? Ilmu? Pasangan? Harta? Takde limit weh. Allah tak letakkan limit pun on what He will increase in dalam ayat ni. He will keep giving you more, and more, and more, and more of EVERYTHING. Best kan?!!

Dan kalau kita kufur or tak bersyukur? Allah tak cakap apa2. Tapi Allah teruskan dengan peringatan yang, "sesungguhnya azabKu amatlah keras/pedih." Ayat ni sebenarnya tak bersambung pun, its not an if and then statement. So, Allah tak cakap pun kalau kau tak bersyukur, Allah confirm akan hukum kau. Tak. Allah just said that if you are ungrateful ........ (maksudnya statement ni tak habis lagi) and dia sambung dengan ayat baru, "my punishment happens to be really intense." And sebabtulah kita kena bersyukur sebab Allah cakap camni dalam ayat ni :)

Stop complaining and be grateful.

Boleh tengok video ni untuk pencerahan.



Lately aku suka dengar Nouman Ali Khan punya talk. He's funny and apa yang dia sampaikan memang senang nak faham. Kalau taktahu nak dengar yang mana dulu, search la Quran Weekly. Dia ceritakan apa yang best untuk setiap juzu'.

Assalamualaikum WBT! Semoga Allah redha :)







0 budak comell: