Wednesday, November 30, 2016

Cita cita, Minat, Impian?

"Weh asal kau amik engineering ah?"
"Sebab aku taknak belajar bio dah kot?"

Setiap kali orang tanya asal aku decide untuk amik engineering, haaa ni lah jawapan favorite aku. Padahal sebenarnya aku taktahu nak jadi apa.

Tapi kan, sebenarnya.... Masa kecil kalau orang tanya,

"Kau nak jadi apa ek bila besar nanti?"
"Surgery surgeon."

Yup. Lama gak ah aku pegang cita cita nak jadi surgeon. Cliche jugak sebab memang tipikal budak2 punya cita2 kan? Kalau tak doktor, cikgu. Kalau tak engineer, polis. Hahaha biasa ah tu. Tapi sebab utama aku nak jadi surgeon ialah everytime aku tengok orang yang kena simbah asid, muka terbakar, or rosak sebab accident, aku jadi sedih dan aku nak tolong diorang. Takde niat pun nak ubah ciptaan Allah, tapi niat aku nak tolong dorang jadi yakin balik. Tu je.

Tapi bila dah start belajar bio, memang ai kenot go la. Takleh masuk langsung dalam kepala. Terus aku bubarkan cita2 aku yang dari kecik tu. Bila dah bubar, aku taktau dah nak jadi apa bila besar nanti. Pastu bila orang tanya apa cita2 aku, aku cakap aku takde cita2.

Nampak macam takde wawasan kan? I know.

Macam mana dengan minat?
Aku minat maths! Dari tadika aku suka math. And subject yang aku selalu score pun math jela hahaha subject lain haram ah nak dapat result gempak2. Dan aku agak menyesal lah tak amik account masa form 4 dulu. Bajet nak nampak hebat je duduk kelas sains. Padahal tak minat pun.

[Updated]

Impian baru.

Haaaa ni nak tambah. Kalau orang tanya aku sekarang,

"Dah grad nanti nak kerja apa?"
"Taknak jadi engineer. Nak bukak nursery school."

Hambik kau. Lain betul bidangnya haha. Tapi serius. Ini so far impian aku yang paling aku rasa nak realisasikan. Kenapa taknak jadi engineer? Sebab aku rasa aku akan bosan. Aku nak kerja yang boleh interact dengan orang. Aku taknak duduk dekat office buat kerja pukul 8 pagi sampai 5 petang. Takleh do. Habislah bosan aku nanti hidup terperap je haha.

Haaa tapi kenapa nursery school?

Sebab pertama; aku nak jaga anak aku sendiri. Nak tengok anak aku besar depan mata. Lepastu banyak sangat kes babysitter dera anak orang so aku cam takut :( Eh tapi tak semua babysitter macam tu laa. Mak abah jaga aku elok je macam anak diorang sendiri :) (Mak abah tu babysitter aku FYI)

Sebab kedua; aku suka budak2. Dulu biasa2 je, tapi sekarang perasaan sayang dekat budak2 (especially bayi) makin membuak2 pulak huhu. Bukan pedo okay. Aku sayang ikhlas haha. Maybe sebab dah terbiasa melayan kanak kanak kecil kot.

Sebab ketiga; aku nak bagi pendedahan dekat budak2 ni pasal sexual abuse. Aku rasa dekat Malaysia, parents atau penjaga, mostly tak cerita dekat anak2 pasal sexual abuse dan juga hal2 yang sewaktu dengannya. Dan aku rasa benda ni sangat penting kot sebab dah macam2 dengar cerita jahat pasal hal ni :'( and one of the ways untuk cegah atau kurangkan benda ni ialah dengan beri pendedahan sikit dekat budak2 kecil ni. At least diorang tahu yang benda ni salah.

Oh, and kalau ada rezeki, aku nak buat nursery aku ni lain sikit dari yang lain. Apa yang lainnya? Rahsia dulu. Doakan aku! Aku serius nak bukak nursery ni. Jangan lupa hantar anak2 korang datang hehe.

(Since dah lama sangat berhabuk jadi draft, kita publishkan jela ek? Huhu)

Eh, and finals lagi 2 minggu. Whoever read this please pray for Aqila ye? Thank you!

Assalamualaikum WBT.





0 budak comell: