Wednesday, November 23, 2016

Hebatnya Sebuah Doa

Assalamualaikum everyone!

I just feel like sharing something today. Something good, inshaaAllah.

Doa.

Kawan aku cerita something pasal hebatnya sebuah doa. Daripada sesuatu yang dia rasakan mustahil, halangan banyak, tapi at last dia dapat jugak apa yang dia nak dengan hanya berdoa. Doa yang sungguh-sungguh la.

Bila dengar cerita dia, kisah dia lebih kurang sama macam cerita aku. Kiranya macam boleh relate la. Cuma bila time dengar tu, aku rasa cam malu kejap. Problem aku tak sebesar problem dia pun tapi aku punya sedih kalah semua orang yang ada. Terdiam kejap time tu.

Kalau aku yakin dengan Tuhan, dengan jodoh yang dah Tuhan tetapkan, aku nak takut apa? Aku nak risau apa? Aku nak sedih kenapa? Dan kalau aku betul-betul dah usaha, nak risau apa lagi? Yakin je dengan ketentuan Tuhan. Tapi jangan pernah give up la.

Sekarang ni serius dah okay. Memang bersyukur gila ah ada kawan2 macam ni. Yang sentiasa share benda-benda baik, yang sentiasa mengingatkan, dan yang tak pernah tinggal aku kalau aku jauh :')

Doalah.
Sebab, doa boleh ubah takdir.


(Benda-benda camni memang kena post sebagai peringatan untuk diri sendiri sebab Aqila selalu lupa..)

Assalamualaikum wbt :)





0 budak comell: