Wednesday, April 5, 2017

Enough.

Kenapa ya kalau nak berubah tu, banyak sangat benda negatif yang jadi?
Ya, proses nak berubah tu tak mudah dan memang amik masa.
Ya, faham.

Aku selalu yakinkan diri aku yang dalam susah tu, akan ada rasa senang yang datang.
Tapi kenapa rasa susah tu tutup segala rasa senang?
Negatif yang satu je boleh tutup 5 benda positif yang lain.

Dulu aku rasa aku dah gerak. Makin dekat.
Tapi harini aku rasa lain.
Aku sama ada tak bergerak, atau makin kebelakang.
Jauh kebelakang.

Betul, Tuhan tengok effort bukannya result.
Tapi susahnya nak telan kalau tak nampak apa2 depan mata.
Betul ke aku nak ni?
Dah habis sungguh2?

Aku berharap dekat orang yang salah.
Orang yang aku rasa boleh gerak sama2 dengan aku,
Tapi aku salah.
Dia cepat, aku lambat so aku kena tinggal haha.
Kenapa ekk separuh jalan je rasa bahagia tu?
(Sebab ni dunia. Takde apa yang kekal)

Dan bila aku selalu fikir tentang aku, aku, aku,
Aku terlepas pandang seorang kawan yang perlukan aku.
Sebab aku selalu fikir, kalau nak berubah, kena jauhkan diri dari sumber2 negatif.
Aku jauhkan. Aku cuba tinggalkan.
Termasuklah jauhkan diri dari kawan2 yang boleh tarik aku lagi jauh dari Tuhan.
Aku lupa, negatif tu lawannya positif.
Tapi aku duk fikir akuuuuuu je :(
Aku nak gerak, tapi nak gerak sorang, sebab nak cepat.

Semua orang yang aku nak tolong, akan jadi lagi teruk.
Maafkan aku sebab tak sungguh2 nak tolong kau.

Maybe I should have stayed away.
From everyone...








0 budak comell: